Monday, September 14, 2015

Photography : Type Of Cameras ( Jenis - Jenis Kamera )

                                                       
Credit to : blog.topazlabs.com

 Assalamualaikum dan hai korang!

Rasa nak pergi travel bulan 10, 11 dan 12 nih? Dah tempah ke tiket flight di Air Asia? Al maklumlah, sekarang nih rakyat malaysia kan semua nak travel luar negara gitu. Tambah pula, ramai yang nak ber"goals" itu la.. ini la. Tapi,
apa - apa pun, korang rancang perjalanan travel korang dengan sebaik mungkin! Supaya, setiap perjalanan yang korang pergi tuh merupakan satu cabaran dan akan jadi satu kenangan dekat korang.

Cakap pasal kenangan nih, bagi korang semua lah... Korang prefer apa ya untuk dijadikan kenangan apabila korang melawat/pergi ke sesuatu tempat?

Keychain?

T-Shirt?

Gambar?

Kalau gambar yang menjadi satu pilihan dekat korang, meh sini tengok jenis - jenis kamera yang wajib korang tahu sebagai persediaan untuk korang pergi travel.



 TYPE OF CAMERA'S

KAMERA COMPACT @ POCKET (KAMERA SAKU)

  • Kamera jenis ini  mengunakan filem atau memory card dan sangat mudah penggunaannya.
  • Banyak perangkat automatik untuk melakukan pemotretan telah dipasang dalam kamera jenis ini. 
  • Contoh,kita dapat memotret dengan hanya menekan butang ON dan setelah itu menekan butang shutter,seterusnya akan menghasilkan sebuah imej.

 




KAMERA PROSUMER


  • Kamera jenis ini muncul pada era digital,jadi boleh dikatan tiada yang berformat filem. 
  • Kamera prosumer ini merupakan kamera compact yang memiliki kemudahan menu seperti kamera semipro atau profesional. 
  • Badan kamera sangat mirip dengan kamera jenis SLR ,hanya lensnya tertanam pada badan dan tidak dapat dilepaskan seperti SLR .






SLR( Single lens reflect) & DSLR ( Digital Single Lens Reflect )


  • Kamera jenis ini sama ada yang filem atau digital,memang diperuntukkan bagi mereka yang memang serious dalam dunia fotografi. kamera ini memilik kemudahan lensa yang boleh ditukarkan sesuai dengan keperluan. 
  • Kita boleh menetapkan diafgram,ukuran pengatup dan ISO sesuai dengan pilihan yang ada sesuai bagi yang ingin mengembangkan hobi mengambil gambar secara serius hingga menjadi jurugambar profesional.








                                                                   SLR



                                                                          DSLR



KAMERA MEDIUM FORMAT @DIGITAL  BACK


  • Kamera jenis ini harganya masih sangat mahal dan digunakan untuk seseorang yang betul-betul profesional.
  • Kamera jenis ini bukan lagi sekadar hobi, kerana kamera ini hanya dipakai untuk pemotretan komersial atau untuk skala gambar iklan produk ternama.






Xoxo

W.

No comments:

Post a Comment

. .
Rainbow Arch Over Clouds